Thursday, September 18, 2014

Apa Itu HRMIS???

Objektif HRMIS

Objektif HRMIS dirangka bagi memastikan aplikasi yang telah dibangunkan dapat
mempertingkatkan prestasi sistem penyampaian sektor awam. Objektif HRMIS yang telah
digariskan adalah untuk:
membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam
yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;
mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk
tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses
sumber manusia dan capaian melalui single window;
menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel
serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat 
agensi. 



Misi HRMIS

HRMIS sebagai salah satu aplikasi perdana Kerajaan mempunyai misi yang jelas supaya
semua agensi sektor awam melaksanakan HRMIS selaras dengan visi sumber manusia
perkhidmatan awam dan matlamat Kerajaan Elektronik.

Untuk mencapai tujuan tersebut,HRMIS perlu sentiasa relevan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam. Keadaan
ini dicapai melalui penambahbaikan aplikasi secara berterusan.

Apakah HRMIS

Projek HRMIS adalah daya usaha Kerajaan Malaysia bagi memastikan pengurusan sumber 
manusia dalam perkhidmatan awam dapat menghasilkan pekerja yang mahir, terlatih 
dan bermotivasi. HRMIS telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan oleh seluruh 
Perkhidmatan Awam Malaysia.

HRMIS bukan semata-mata sistem aplikasi sumber manusia tetapi yang lebih penting, 
adalah satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu
bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam
.
HRMIS dibangunkan berasaskan kepada sepuluh fungsi utama pengurusan sumber
manusia yang berteraskan kompetensi sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1

Ciri-ciri utama HRMIS

Antaranya adalah dipacu oleh proses, kemudahan layan diri 
dan berasaskan web. HRMIS membolehkan setiap anggota sektor awam mengemaskinikan 
rekod peribadi, dan memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan 
seperti cuti, tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.

Di samping itu, data proses sumber manusia sektor awam HRMIS yang disimpan 
dalam satu pangkalan data secara berpusat membolehkan analisis dan perancangan 
strategik sumber manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, 
Kementerian, Kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional.

No comments:

Post a Comment