HAL EHWAL SEKOLAH


PENGENALAN
    Unit ini merupakan satu unit yang menjadi nadi disiplin dan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang kini memerlukan satu organisasi yang terancang dan tersusun. Semoga dengan adanya unit ini, masalah yang berkaitan dengan sosio budaya murid serta persekitaran sekolah dapat diajukan kepada Guru Besar dan seterusnya hingga ke PPD yang sama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darulaman.
    Dalam mengharungi liku-liku yang mendatang mendokong Falsafah Pendidikan Negara, lantas menjadi teras untuk menghasilkan warga negara yang berwawasan. Keutamaan akan ditumpukan kepada melahirkan anak didik yang mendapat penuh rasa kasih sayang daripada ibu, bapa, guru, masyarakat, bangsa, agama dan negara. 
    Harapan yang tinggi menjulang ini akan tercapai hanya dengan adanya komitmen dari pelbagai pihak khasnya dari warga sekolah. Tidak ketinggalan juga peranan ibubapa/penjaga anak didik. Unit ini juga akan bekerjasama sepenuhnya dengan pentadbir serta bahagian perancang sekolah.
MATLAMAT
    Menjadikan Unit Hal Ehwal Murid sebagai suatu organisasi yang sentiasa prihatin dalam hal pengurusan pelajar merangkumi bidang disiplin, kebajikan, bimbingan, keselamatan, kesihatan dan pembinaan insan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara ke arah melahirkan pelajar yang berpendidikan seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan sosial.
OBJEKTIF
Objektif utama Unit Hal Ehwal Murid ialah :
  1. Memastikan semua murid mendapat layanan kemudahan dan kebajikan yang saksama ke arah peningkatan kualiti pembelajaran di sekolah.
  2. Menerap dan menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid bagi melahirkan insan berilmu, beriman, berakhlak mulia, bersopan santun, berdisiplin, bertanggungjawab, ramah mesra dan saling hormat menghormati.
  3. Menentukan keselamatan murid terjamin dan dalam keadaan selesa semasa berada di sekolah.
  4. Sentiasa bersikap terbuka dan menjalin hubungan mesra dengan ibubapa murid.
Beberapa objektif telah digariskan untuk mengerakkan Unit Hal Ehwal Murid di peringkat Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, diantaranya :
  1. Unit ini akan membimbing murid-murid kearah Insan Kamil.
  2. Memupuk dan mentarbiah kanak-kanak kearah jalan Allah.
  3. Rasa terhina apabila melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh agama dan pihak sekolah.
  4. Melahirkan generasi yang dapat mengenang jasa sekolah kepada dirinya dan masyarakat sekeliling.
  5. Merapatkan jurang pemisah antara sosio ekonomi murid dengan mengadakan program-program.
  6. Menyelamatkan harta benda sekolah dari dicerobohi oleh murid-murid di luar waktu pembelajaran.
  7. Dapat menerima segala teguran yang boleh membantu peningkatan unit ini.
  8. Akan berkhidmat sebaik yang mungkin agar diberkati.

TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID
  1. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
  2. Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
  3. Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
  4. Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi  Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan pelajar, pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
  5. Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
  6. Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
  7. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.



 FOKUS HAL EHWAL MURID
BILFOKUSPROGRAM / AKTIVITI
1Ke arah Zero Ponteng dan membendung gejala vandalisme
1.1 Pemantapan sistem Merit Demerit
1.2 Pelaksanaan e-Disiplin
1.3 Pemantauan zero ponteng
1.4 Spot check berkala
1.5 Penggunaan kad keluar kelas /tandas
1.6 Pelaksanaan buku kawalan kelas
1.7 Penguatkuasaan kelas tahanan
1.8 Ops Sikap
1.9 Ops Bantu (Khidmat Bakti)
2Meningkatkan sahsiah pelajar untuk melahirkan modal insan cemerlang
2.1 Penerapan nilai-nilai murni semasa perhimpunan, kursus, taklimat, ceramah dan P&P seharian.
2.2 Program Muridku Anakku (MAK)
2.3 Program Tunas Cemerlang
2.4 Program Tarbiyatul Islam
2.5 Minggu Anti Dadah
2.6 Program Mekar Harapan Putera Puteriku
3Mengujudkan iklim dan suasana persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif
3.1 Projek naik taraf persekitaran sekolah/landskap taman
3.2 Pertandingan kebersihan/keceriaan kelas
3.3 Pemantauan kebersihan tandas
3.4 Pemantauan berkala keselamatan bangunan dan persekitaran sekolah
3.5 Pemeriksaan harian kebersihan dan keceriaan kantin
3.6 Pemeriksaan mingguan kawalan penyakit denggi
4 Memberi khidmat dan menjaga kebajikan pelajar
 4.1 Bantuan SPBT,RMT,KWAMP,dan cermin mata
4.2 Tabung Dana Pelajar- derma khairat kematian, dan penyakit kritikal
4.3 Kemas kini data pelajar yatim piatu dan penyakit serius
4.4 Program I Care 4U- Kad Ucapan Selamat Hari Lahir
4.5 Ceramah dan rawatan pergigian Tahun 1 - 6
4.6 Ceramah dan suntikan RUBELLA
 5 Menjalin hubungan baik sesama murid, guru dan pihak agensi luar 
5.1 Bacaan Yasin Perdana
5.2 Rombongan Perdana
5.3 Program Konferensi Waris
5.4 Ceramah disiplin dari pihak polis, ceramah anti dadah dari pihak AADK, kursus motivasi, kemahiran penggunaan ICT, dan sebagainya. 

ENROLMEN MURID 



PRASEK
MELAYU
INDIA
JUMLAH
L
P
JUM
L
P
JUM
L
P
JUM
23
26
49
0
0
0
23
26
49
TAHUN 1
126
107
233
0
0
0
126
107
233
TAHUN 2
128
103
231
0
0
0
128
103
231
TAHUN 3
121
119
240
0
0
0
121
119
240
TAHUN 4
128
120
248
0
0
0
128
120
248
TAHUN 5
140
138
278
0
1
1
140
139
279
TAHUN 6
125
132
257
0
0
0
125
132
257
JUM BESAR
791
745
1536
0
1
1
791
746
1537


No comments:

Post a Comment